Friday, 20 March 2015

maaf

maaf
mudahnya diungkap
tak semudah itu dikurnia

dan mungkin apa yang berlaku dulu
mungkin kerana mentahnya usia
mungkin kerana terikutkan hati
yang mudah terusik
yang mudah terluka
yang mudah menghukum

maaf,
jika kau rasa itu salahku
atau dia
atau mereka
maaf jika kau rasa malam itu
seolah dituju untukmu
seolah berdas-das peluru ditembak ke dadamu
maafkan aku

niatku satu cuma
cuma ingin memperkata
apa yang tersimpan kemas di lubuk jiwa
ingin menegur silap yang nampak di mata

maafkan.


No comments:

Post a Comment